kelebihan aircond inverter feature

4 Kelebihan Aircond Inverter Berbanding Aircond Biasa

Dalam zaman digital ini, teknologi yang efisen menjadi pilihan setiap orang. Dengan Kelebihan aircond inverter yang mempunyai teknologi penjimatan elektrik, tidak hairanlah ia merupakan antara produk elektrik yang popular dikalangan pengguna.

Apakah fungsi inverter dalam sebuah aircond? Fungsi utama inverter adalah sebagai mengawal kelajuan motor pemampat (Compressor) untuk terus mengawal suhu. Perbezaan antara teknologi bukan inverter, sistem penyaman udara ini akan hidup secara maksimum sebelum mati apabila suhu dikehendaki dicapai dan proses ini berulang.

Walaupun harga sebuah penyaman udara inverter lebih mahal berbanding bukan inverter, tetapi dengan kelebihan yang ada, cukup untuk memberi lebih keselesaan dan penjimatan kepada pengguna.

Kelebihan Aircond Inverter Membantu Penjimatan, Keselesaan dan Tiada Kesan Alam Sekitar

kelebihan aircond inverter maintain temperature

Perubahan Suhu Yang Minima dan Lebih Selesa

Dengan teknologi inverter, penyaman udara dapat mengekalkan kecekapan suhu yang dikehendaki. Ini juga dapat mengelakkan perubahan suhu yang mendadak dari rendah ke tinggi. Oleh itu, sistem ini dapat memberi keselesaan kepada pengguna.

kelebihan aircond inverter keep silence

Kurang Kesan Bunyi Pada Pemampat dan Unit Dalam

Sistem aircond inverter lebih senyap semasa beroperasi. Ini kerana tidak seperti aircond biasa, ia tidak hidup dan mati secara automatik setiap kali had suhu tercapai. Aircond ini akan terus hidup dengan minima dan menyesuaikan suhu secara berterusan.

kelebihan aircond inverter safe bill

Penjimatan Elektrik Sehingga 40%

Tidak seperti aircond kompressor tradisional yang beroperasi pada kelajuan tetap, kompressor pada aircond inverter melaraskan kelajuan pemampatnya mengikut keperluan penyejukan, menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih rendah dan penggunaan elektrik yang kurang.

Kami sarankan, anda membeli unit cukup besar dan bersesuaikan dengan laman atau bilik. Selain itu, melakukan servis aircond secara berkala juga dapat memastikan sistem aircond berfungsi dengan tahap yang optimum.

kelebihan aircond inverter ozone free

Penggunaan Gas R32 Lebih “Ozone Friendly”

Pelepasan gas ini tidak akan memberi kesan kepada alam sekitar terutamanya system penipisan ozon dunia. Ia menjadi pilihan pengguna dengan 5 bintang tenaga efisen.

Kesimpulannya

Walau jenis aircond, sama ada inverter atau non-inverter, penyelenggaraan penting untuk memastikan ia berfungsi dengan baik, memanjangkan jangka hayat, dan mengurangkan risiko kerosakan.

Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai waktu sesuai untuk servis aircond di talian 011-6334 7079 atau WhatsApp.

Perkhidmatan Servis Aircond Inverter

Servis aircond inverter penting untuk memanjangkan jangka hayat unit, mencegah kerosakan yang lebih besar, dan mengekalkan kualiti udara dalaman yang baik.

1icon

Pasang Aircond Inverter.

Aircond jenis wall mounted/split biasa digunakan di rumah dan pejabat. Mempunyai 1 HP, 2 HP sesuai untuk bilik, ruang tamu dan pejabat kecil.

5icon

Jual Aircond Second.

Anda boleh dapatkan aircond baru dan terpakai bersama kami. Jaminan lebih lama dan khidmat nasihat percuma.

3

Servis & Repair Aircond.

Repair dan Selenggara aircond anda dengan servis profesional kami. Kami akan baiki semua masalah, kecil atau besar, agar ia berfungsi dengan keadaan yang optimum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *