Servis Aircond di Johor
Mencari kontraktor penghawa dingin di Johor? MaBetaTech sedia membantu!
Kami pakar dalam pemasangan, pemindahan & pembaikan penghawa dingin untuk rumah dan pejabat di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Pasir Gudang & Johor Bahru.
Kami diiktiraf oleh:





Servis Aircond Rumah
MaBetaTech menyediakan penyelesaian lengkap bagi penghawa dingin kediaman, sama ada untuk unit baru atau terpakai. Kami memastikan kediaman anda kekal selesa dengan servis profesional bagi jenis inverter atau biasa.
Kami menyediakan perkhidmatan pembersihan, penyelenggaraan, dan pembaikan untuk meningkatkan prestasi dan jangka hayat penghawa dingin anda.
Kami beroperasi di sekitar Bandar Penawar, Kota Tinggi, Pengerang, Sungai Rengit, Pasir Gudang, dan Johor Bahru.
Servis Aircond Pejabat & Komersial
Kami turut menyediakan penyelesaian lengkap bagi pemasangan, penyelenggaraan, dan pembaikan penghawa dingin komersial. Ini termasuk jenis Ceiling Exposed, Ceiling Cassette, dan lain-lain.
Kami memastikan sistem penyejukan pejabat anda berfungsi dengan baik untuk keselesaan pelanggan dan pekerja. Pasukan kami komited untuk memenuhi keperluan industri anda.
Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga. Kami menyediakan servis berjadual, pemeriksaan lokasi, dan bantuan segera.

Perkhidmatan Kami
Dari pasang aircond rumah dan pejabat, hingga servis baiki kerosakan, juruteknik kami boleh bantu masalah anda. Mereka bukan sahaja berpengalaman, tetapi ditauliahkan dengan sijil kemahiran dari CIDB dan Kementerian Pendidikan.

Normal Service
Pemeriksaan tekanan dan kebocoran gas serta pembersihan unit dalam dan unit luar tanpa bahan kimia. Servis ini membantu meningkatkan prestasi penghawa dingin dan disarankan dilakukan setiap 3 bulan.
Antara kerja yang dilakukan:
- Pembersihan habuk pada penapis unit (Filter indoor unite).
- Pembersihan penutup unit (Indoor cover unit)
- Pembersihan pada unit luar (outdoor unit)
Chemical Service (Overhaul)
Kerja pembersihan lebih mendalam menggunakan bahan kimia untuk membuang kotoran degil pada cooling coil, compressor, dan casing.
Antara kerja yang dilakukan:
- Pembersihan habuk pada penapis unit (Filter indoor unite).
- Pembersihan penutup unit (Indoor cover unit)
- Pembersihan pada unit luar (outdoor unit)
- Pembersihan indoor outdoor cooling coil unit
- Vacuum pump piping drain
- Pemeriksaan tekanan, aliran dan sukatan aircond gas penyejuk
- Memeriksa kebocoran paip gas
- Pemeriksaan arus elektrik untuk unit dalam dan luar.
Masalah Biasa Penghawa Dingin
Juruteknik Aircond Kami Mahir Dengan Jenama
Kenapa Anda Perlukan Juruteknik Kami?
Selain berkemahiran dalam bidang servis aircond, juruteknik kami akan memberikan khidmat nasihat mengenai aircond anda.
Soalan Anda Telah Kami Jawab
Terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan penghawa dingin tidak berfungsi dengan baik:
- Kekurangan gas penyejuk (refrigerant) – Gas yang berkurang atau bocor boleh mengurangkan kecekapan penyejukan.
- Evaporator atau kondensor kotor – Komponen ini perlu dibersihkan secara berkala untuk memastikan prestasi terbaik.
- Kipas atau motor rosak – Kipas dalaman atau luaran yang tidak berfungsi dengan baik boleh menjejaskan kadar penyejukan.
- Penapis udara tersumbat – Habuk dan kotoran yang terkumpul boleh menghalang aliran udara yang optimum.
💡 Penyelesaian: Pastikan servis aircond secara berkala dilakukan sekurang-kurangnya setiap 3 hingga 6 bulan bagi mengelakkan masalah ini.
Penyelenggaraan berkala sangat penting bagi memastikan aircond berfungsi dengan baik serta tahan lebih lama. Cadangan servis adalah seperti berikut:
- Penggunaan biasa (rumah kediaman) – Setiap 3 hingga 6 bulan sekali.
- Penggunaan intensif (pejabat dan perniagaan) – Setiap 2 hingga 3 bulan sekali.
- Aircond digunakan 24 jam sehari – Perlu diservis setiap 1 hingga 2 bulan.
💡 Kelebihan servis aircond berkala: Mengurangkan risiko kerosakan, menjimatkan tenaga elektrik dan memastikan udara yang lebih bersih serta segar.
Jika penghawa dingin menunjukkan tanda-tanda berikut, ia mungkin memerlukan pemeriksaan segera:
- Udara kurang sejuk walaupun suhu telah ditetapkan rendah.
- Bunyi bising yang luar biasa dari unit dalaman atau luaran.
- Kebocoran air pada unit indoor atau outdoor.
- Bau kurang menyenangkan yang keluar dari aircond.
- Bil elektrik meningkat secara mendadak tanpa perubahan ketara dalam penggunaan.
💡 Tindakan segera: Jika mengalami tanda-tanda ini, hubungi penyedia perkhidmatan servis penghawa dingin profesional untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan.
Kos perkhidmatan penghawa dingin bergantung kepada jenis perkhidmatan dan keperluan pengguna. Anda boleh rujuk harga dan upah pasang aircond terkini
- Pembersihan asas (basic service): RM60 – RM90 per unit.
- Pemasangan unit baru: RM150 – RM300 bergantung kepada jenis aircond dan lokasi.
- Pemindahan unit aircond: RM200 – RM400, bergantung kepada jarak dan keadaan unit.
- Servis penuh (chemical cleaning): RM100 – RM180 bagi setiap unit.
💡 Tip: Pastikan anda mendapatkan perkhidmatan daripada juruteknik bertauliah untuk mengelakkan masalah pemasangan atau servis yang tidak berkualiti.
Pengguna boleh melakukan pembersihan asas sendiri, tetapi servis penuh perlu dilakukan oleh profesional.
- Boleh dilakukan sendiri: Membersihkan penapis udara (filter) setiap 1 hingga 2 bulan bagi memastikan aliran udara lancar.
- Perlu dilakukan oleh profesional: Cuci coil, blower, tambah gas, dan pemeriksaan kebocoran yang memerlukan peralatan khas serta kepakaran teknikal.
💡 Faedah penyelenggaraan berkala: Meningkatkan kecekapan tenaga, memanjangkan jangka hayat penghawa dingin, dan memastikan kualiti udara lebih baik di dalam rumah atau pejabat.
















