Dalam zaman digital ini, teknologi yang efisen menjadi pilihan setiap orang. Dengan Kelebihan aircond inverter yang mempunyai teknologi penjimatan elektrik, tidak hairanlah ia merupakan antara produk elektrik yang popular dikalangan penguna.
Apakah fungsi inverter dalam sebuah aircond? Fungsi utama inverter adalah sebagai mengawal kelajuan motor pemampat (Compressor) untuk terus mengawal suhu. Perbezaan antara teknologi bukan inverter, sistem penyaman udara ini akan hidup secara maksimum sebelum mati apabila suhu dikehendaki dicapai dan proses ini berulang.
Walaupun harga sebuah penyaman udara inverter lebih mahal berbanding bukan inverter, tetapi dengan kelebihan yang ada, cukup untuk memberi lebih keselesaan dan penjimatan kepada pengguna. Ma Beta Tech akan menerangkan 4 kelebihan, Mengapa anda perlu guna aircond inverter?
- Perubahan suhu yang minima
- Kurang kesan bunyi pada pemampat dan unit dalam
- Penjimatan elektrik sehingga 40%
- Menggunakan gas R410a lebih “Ozone Friendly”
Kelebihan Aircond Inverter Membantu Penjimatan, Keselesaan dan Tiada Kesan Alam Sekitar
1. Perubahan Suhu Yang Minima dan Lebih Selesa
Dengan teknologi inverter, penyaman udara dapat mengekalkan kecekapan suhu yang dikehendaki. Ini juga dapat mengelakkan perubahan suhu yang mendadak dari rendah ke tinggi. Oleh itu, sistem ini dapat memberi keselesaan kepada pengguna.
2. Kurang Kesan Bunyi Pada Pemampat dan Unit Dalam
Sistem aircon inverter lebih senyap semasa beroperasi. Ini kerana tidak seperti aircond biasa, ia tidak hidup dan mati secara automatic setiap kali had suhu tercapai. Aircond ini akan terus hidup dengan minima dan menyesuaikan suhu secara berterusan.
3. Penjimatan Elektrik Sehingga 40%
Aircon inverter berfungsi semakin dekat suhu bilik, semakin turun kelajuan pemampat. Oleh itu, kami sarankan, anda membeli unit cukup besar dan bersesuaikan dengan laman atau bilik. Selain itu, melakukan servis aircond secara berkala juga dapat memastikan sistem aircond berfungsi dengan tahap yang optimum.
4. Penggunaan Gas R410a Lebih “Ozone Friendly”
Pelepasan gas ini tidak akan memberi kesan kepada alam sekitar terutamanya system penipisan ozon dunia. Ia menjadi pilihan pengguna dengan 5 bintang tenaga efisen.
Kesimpulannya
Penggunaan aircond bukanlah suatu kehendak, dengan cuaca yang tidak menentu, penyaman udara menjadi sesuatu pelaburan jangka Panjang kepada pengguna disamping memberi keselesaan seisi keluarga.
Jika ingin membuat pemasangan aircond inverter, anda boleh hubungi kami di talian 013 748 7079 atau terus WhatsApp untuk lakukan tempahan.