Pastikan sistem aircond di rumah dan pejabat anda berfungsi dengan baik. Sentiasa diselenggara secara berkala boleh membantu penggunaan elektrik dengan lebih efisen. Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma.
Aircond Service

Kami menyediakan 3 jenis aircond service. Cucian biasa (General service), cucian dengan kimia (Chemical cleaning) dan overhaul service.
Bilakah waktu sesuai untuk servis aircon? Apabila aircon rumah atau pejabat anda mengalami satu daripada masalah berikut;
- Aircond anda berbunyi bising semasa dibuka
- Angin dari aircond tidak berasa sejuk
- Aircond mengambil masa yang lama seperti biasa untuk sejuk
- Ada tumpahan/lelehan air aircond di sistem paip
- Semburan angin aircond mengandungi air
Dan banyak lagi. Hunbungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat.
Repair Aircond

Jika aircond anda mengalami kerosakkan, kami nasihat hubungi pakar aircond service Kota Tinggi, MaBetaTech. Berkemahiran hampir 10 tahun dalam bidang ini, kami boleh bantu anda memeriksa, mengenalpasti dan seterusnya membaiki aircon dengan harga yang berpatutan.
Setiap pekerja kami dibekalkan dengan alat professional untuk kerja-kerja baiki seperti;
- Manifold gauge – Untuk memeriksa tahap gas di dalam aircond anda
- Gas R22/R32 atau R410a – Digunakan untuk menambah gas penghawa dingin
- Cutter, Copper Flaring tools – membuat sistem paip penyambung aircond
Dan banyak lagi peralatan yang diperlukan.
Pemasangan dan Pindah Aircond

Kini, penyaman udara merupakan keperluan untuk setiap rumah atau pejabat. Keselesaan dengan menghirup udara segar menjadi keutamaan seisi keluarga. Jika anda belum mempunyai unit aircond, hubungi kami untuk mendapatkan harga promosi terkini mengikut budget anda.
Antara aircond biasa dan aircond inverter yang popular ialah dari model York, Daikin, Midea, Mitsubishi dan lain-lain. Setiap aircon pula menpunyai kapasiti horse power (HP), 1 HP, 1.5 HP 2 HP.
Bagi penjimatan lebih, kami mencadangkan anda pasang mengikut keluasan laman/bilik. Selain itu, pemilihan aircond inverter juga antara tips untuk penjimatan elektrik.
Berikut merupakan tips memilih dan memasang aircond di rumah dan pejabat;
- Anggarkan keluasan laman atau bilik di kawasan aircond yang hendak dipasang
- Pilih antara aircond yang berjenama dan baru untuk kegunaan maksimum
- Pilih antara 1HP sesuai untuk bilik dan 1.5HP atau 2 HP untuk ruang tamu
- Sentiasa melakukan servis berkala setiap 3 atau 6 bulan
- Pilih aircond dengan fungsi inverter untuk lebih jimat elektrik
Lokasi Perkhidmatan

Kami sentiasa menjaga kualiti kerja, dengan kemahiran dan kepakaran yang ada pada pekerja kami, setiap projek yang diberi tanpa menghadkan masa. Oleh itu pakar kami akan dapat meneliti setiap aspek projek. Kecekapan merupakan asas kejayaan syarikat.
Oleh itu, kami cuba menghadkan lokasi perkhidmatan bagi memenuhi permintaan pelanggan di sekitar daerah Kota Tinggi. Untuk lokasi servis ialah;
- Kawasan bandar Kota Tinggi
- Gugusan Felda Air Tawar
- Felda Aping, Mawai, Waha
- Bandar Penawar
- Kawasan Pengerang
Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut lokasi kami. Kami cuba sampai ke rumah atau pejabat anda.